Kuat berdiri pohon kerana akar
Kuat akar kerana tanahnya
Kuat manusia kerana ilmunya
Tak mara berdayung,bergalah
Patah galah bercemat
Sesudahnya sampai juga ke hulu.
Jadilah orang terbilang
sebelum dipanggil dia sudah datang
sebelum disuruh dia sudah pergi
sebelum diminta dia sudah memberi
sebelum ditarik ia sudah ikut
sebelum ditolak dia sudah maju
sebelum diarah kerja dia sudah siapkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan