Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurnianya kita dapat dipertemukan pada sesi persekolahan 2011. Semoga pertemuan kali ini memautkan hati ke arah dan matlamat iaitu satu niat dan matlamat memperjuangkan martabat pendidikan. Kita berharap tahun 2011 adalah tahun Transformasi bermulanya perubahan khusunya sikap kepada warga SMK Sagil Ledang.untuk terus berjaya.
Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan membangun dan mengembangkan potensi pelajar demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justru pelajar harus melengkapkan diri dengan kemahiran releven dengan tuntutan semasa. Potensi yang menjadi anugerah Tuhan perlu dikembangkan ketahap maksimum melalui program kurikulum, kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah secara terancang.
Untuk itu saya menyeru semua warga pendidik perlu memenuhi tuntutan negara, lebih khusus anak yang berada di SMK Sagil Ledang.Sehubungan itu kita perlu memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan terbaik dan berkualiti.
Misi sekolah 'Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti' merupakan halatuju kepada semua warga pendidik yang sentiasa bersedia menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran sdalam kelas upaya anak-anak didik SMK Sagil Ledang berkompetensi dan berketrampilan tidak ketinggalan dalam peluang yang disediakan dan berani menempuh gelombang arus pembangunan yang mencabar.
SMK Sagil sentiasa dan terus meningkatkan usaha serta mengekalkan kegemilangan kualiti dalam semua aspek khususnya kelenngkapan fizikal sekolah, pembentukan insan, kemenjadian murid dan kecemerlangan sahsiah diri. SMK Sagil ledang juga menjadikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai alat ukur sumber rujukan agar warga SMK Sagil Ledang Bangkit untuk terus terbilang seiring slogan sekolah STRIVE FOR GLORY ( BERJUANG UNTUK TERBILANG ) disamping merealisasikan moto sekolah iaitu SMK Sagil Top Twenty in Muar serta matlamat sekolah SMK SAGIL TERBILANG MENJELANG 2013.
'BERJUANG UNTUK TERBILANG'
Hj Zakaria Hj Haiyun
Pengetua
SMK Sagil
Ledang
JOHOR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan