Selasa, 1 Februari 2011

JADILAH ORANG TERBILANG .......PESANAN PENGETUA

Kuat berdiri pohon kerana akar
Kuat akar kerana tanahnya
Kuat manusia kerana ilmunya
Tak mara berdayung,bergalah
Patah galah bercemat
Sesudahnya sampai juga ke hulu.

Jadilah orang terbilang
sebelum dipanggil dia sudah datang
sebelum disuruh dia sudah pergi
sebelum diminta dia sudah memberi
sebelum ditarik ia sudah ikut
sebelum ditolak dia sudah maju
sebelum diarah kerja dia sudah siapkan.

PMR -menggapai Kecemerlangan

A. PEPERIKSAAN PMR SMK SAGIL


Tahun        Bil       %Lulus    Bil lulus    GPS      Cem
2008         158       46.25        73              3.27        1
2009         155       50.32        78              3.07        5
2010         164       55.88        95              3.19        1
2011         156       70.00       109             2.70        5 ( Jangkaan  Sekolah )
2011         156       64.01       100             3.03        6 ( Baiah JPNJ )


B. PEPERIKSAAN  SPM  SMK SAGIL


Tahun      %Lulus         GPS      Cem
2007          71.90            6.95      1.36
2008          81.75            6.71        0
2009          77.08            6.74        0
2010          95.00            5.90        2  ( Jangkaan  Sekolah )

UCAPUTAMA PENGETUA KEPADA WARGA SMK SAGIL 2011

Asalamualaikum wbkth,

    Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana limpah dan kurnianya kita dapat dipertemukan pada sesi  persekolahan 2011. Semoga pertemuan kali ini  memautkan hati ke arah dan matlamat iaitu satu niat dan matlamat memperjuangkan martabat pendidikan. Kita berharap tahun 2011 adalah tahun Transformasi bermulanya perubahan khusunya sikap kepada warga SMK Sagil Ledang.untuk terus berjaya.

    Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan membangun dan mengembangkan potensi pelajar demi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justru pelajar harus melengkapkan diri dengan kemahiran releven dengan tuntutan semasa. Potensi yang menjadi anugerah  Tuhan perlu dikembangkan ketahap maksimum melalui program kurikulum, kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah secara terancang.

    Untuk itu saya menyeru semua warga pendidik perlu memenuhi tuntutan negara, lebih khusus anak yang berada di SMK Sagil Ledang.Sehubungan itu kita perlu memberi komitmen sepenuhnya bagi  memastikan dasar Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksanakan dengan terbaik dan berkualiti.
    Misi sekolah  'Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti' merupakan halatuju kepada semua warga pendidik yang sentiasa bersedia menambahbaik kualiti  pengajaran dan pembelajaran sdalam kelas upaya anak-anak didik SMK Sagil Ledang  berkompetensi dan berketrampilan tidak ketinggalan dalam peluang  yang disediakan dan berani menempuh gelombang arus pembangunan yang mencabar.

    SMK Sagil  sentiasa dan terus meningkatkan  usaha serta mengekalkan kegemilangan kualiti dalam semua aspek  khususnya kelenngkapan fizikal sekolah, pembentukan insan, kemenjadian  murid dan kecemerlangan sahsiah diri. SMK Sagil ledang juga menjadikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia sebagai alat ukur sumber rujukan agar warga SMK Sagil Ledang Bangkit untuk terus terbilang seiring slogan sekolah STRIVE FOR GLORY ( BERJUANG UNTUK TERBILANG ) disamping merealisasikan moto sekolah iaitu SMK Sagil Top Twenty in Muar   serta matlamat sekolah SMK SAGIL TERBILANG MENJELANG 2013.


'BERJUANG UNTUK TERBILANG'


Hj Zakaria Hj Haiyun
Pengetua
SMK Sagil
Ledang
JOHOR.

ENROLMEN SMK SAGIL 2011 ( SEHINGGA 31.1.2011 )

     A. ENROLMEN GURU
          1. MELAYU  ( 26L,28P ) = 54
          2. CINA( 4L7P ) =11
          3. INDIA( 2L,3P )= 5
          ( JUMLAH = 70 ) 

     B. ENROLMEN KAKITANGAN      
          1. MELAYU  ( 8L,5P ) = 13

          2. CINA (  TIADA )

          3. INDIA(  TIAD )
          ( JUMLAH = 13 ) 

     C. ENROLMEN PELAJAR (  IKUT KELAS )


              KELAS                 BIL KELAS     BIL PELAJAR
  1. PEND KHAS                  3                        21
  2. PERALIHAN                  1                        20
  3. TINGKATAN 1              5                        140
  4. TINGKATAN 2              5                        35
  5. TINGKATAN 3              5                        158
  6. TINGKATAN 4              5                        155
  7. TINGKATAN 5              5                        133
          JUMLAH        31              794

     D. ENROLMEN PELAJAR (  IKUT KAUM )   

              KELAS                 MELAYU        CINA      INDIA       JUMLAH
  1. PEND KHAS                  19                  2            0                  21
  2. PERALIHAN                  11                  9            0                  20
  3. TINGKATAN 1              105                20          15                140
  4. TINGKATAN 2              107                40          20                 35
  5. TINGKATAN 3              112                30          16                158
  6. TINGKATAN 4              94                  36          25                155
  7. TINGKATAN 5              86                  29          18                133
          JUMLAH        534         166     94         794

PEMIMPIN PENGURUSAN ORGANISASI SMK SAGIL LEDANG 2011


PENGETUA
HJ.ZAKARIA HJ HAIYUN

PENOLONG KANAN
EN CHENG KIM LEONG

GPK HAL EHWAL MURID
TN HJ JAURI KEMAN

GPK PENDIDIKAN KHAS
EN LOKMAN MAAROF

GURU KANAN MATAPELAJARAN
1. PN ROHANA MAHBAT
2.EN HASNAN BAHROL
3.PN TIEW GEOK SIEW
4.EN MOHD KHALID BIN ATAN

Program G4P ( Glory for Pupils) SMK Sagil 2011 ( Membina Budaya Warga SMK Sagil sentiasa BERJUANG UNTUK TERBILANG )

Isnin Minggu Pertama
( Perhimpunan Mingguan Rasmi )Masa : 7.15-8.10 Pagi
Tempat :Dewan Ikram
Tarikh: ( 3Jan, 7Feb, 7Mac, 11Apr, 16Mei, 27Jun, 25Jul, 5Sept, 3Okt, 31 Okt )

Isnin Minggu Kedua
(Program Membersihkan dan menceriakan Kelas )
Masa : 7.15-8.10 Pagi
Tempat : Kelas
Tarikh: ( 10Jan, 14Feb, 21mac, 18Apr,23Mei, 4Jul,8Og,12Sept,10Okt,14Nov )

Isnin Minggu Ketiga
( Perhimpunan KoKurikulum Unit Beruniform )
Masa : 7.15-8.10 Pagi Tempat : Dewan Ikram
Tarikh :( 17Jan, 21Feb, 28Mac, 25Apr,13Jun, 11Jul,15Og, 19Sept,17Okt )

Isnin Minggu Keempat
( Program Motivasi Pelajar Bersama Pengetua di Dewan Ikram )
Masa : 7.15-8.10 Pagi ( Mesyuarat Bidang/ Panitia )
Tempat : Dewan Ikram
Tarikh :( 24Jan, 28Feb, 4 Apr,9Mei, 20Jun, 18Jul,22Og, 26Sept,24Okt )

Budaya Kerja Warga SMK sagil Ledang

  1. Berintegriti Tinggi
  2. Bertanggungjawab
  3. Jujur dan Amanah
  4. Sentiasa Menepati Waktu
  5. Kerja  Tak Bertangguh
  6. kerja Sepasukan
  7. Mengutamakan Organisasi
  8. Mengutamakan kecemerlangan
  9. Berilmu Beramal dan Berbakti
  10. Berhemah Mesra dan Adil